作者 主题: environmental science  (阅读 21996 次)

离线 beatrice

  • 新手
  • *
  • 帖子: 3
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
environmental science
« 于: 六月 26, 2008, 09:34:49 上午 »
hey!! may i know what do we really major in environmental science?? anything that we need to prepare for that course?? and also how's the lecturers like?? i heard it will involve a lot of travelling activities and field trips ;) sounds interesting!!

thanks

离线 hvaly

  • 全升校友
  • 初级会员
  • ***
  • 帖子: 84
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #1 于: 六月 26, 2008, 10:53:52 上午 »
1st of all, environmental science(3 years) is dif wiff environmental health(4 years).
environmental science is offered by UKM at main campus,bangi whereas environmental health is offered at UKM KL branch...
for environmental science, there r 4 majors,which are

a)    环境生物学(Biologi Sekitaran)
b)    环境地质学(Geosains Sekitaran)
c)    环境卫生学(Kesihatan Sekitaran)
d)    环境化学  (Kimia Sekitaran)

students will only major in 1 of the 4 majors at 2nd year......
yup, students got chance to travel to other places to get some specimens like water of lake n so on....
sound like u like tis course alot...haha...
wish u all d best....gambatte

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #2 于: 六月 26, 2008, 11:28:38 上午 »
STAE1013 Prinsip Sains Sekitaran I

STAE1023 Prinsip Sains Sekitaran II

STAE1033 Manusia dan Sekitaran

STAE1062 Ekologi Populasi dan Komuniti

STAE1063 Geosains

STAE1083 Teknik Analisis Persekitaran

STAE2013 Pengenalan Penderiaan Jauh dan GIS

STAE2022 Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran

STAE2032 Sains Tanih Sekitaran

STAE2043 Statistiks dalam Sains Sekitaran

STAE2052 Sumber Tenaga dan Alam Sekitar

STAE2083 Pengenalan Undang-undang Alam Sekitar

STAE2123 Ekologi Akuatik, Pesisir Pantai dan Tanah Lembap

STAE2142 Toksikologi Persekitaran

STAE2162 Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah

STAE2202 Geosekitaran Tanah Rendah dan Tanah Tinggi

STAE2213 Geodinamik dan Geologi Sekitaran

STAE2283 Penyiasatan Bawah Tanah dan Geofizik Sekitaran

STAE2313 Penyakit Berjangkit dan Persekitaran

STAE2322 Prinsip Epidemiologi

STAE2413 Kimia Atmosfera

STAE2423 Analisis Kualiti Air dan Udara

STAE2442 Kimia Air

STAE2882 Latihan Industri

STAE3012 Komunikasi Saintifik untuk Sains Sekitaran

STAE3102 Etnobotani dan Ekonomi Persekitaran

STAE3113 Pemuliharaan dan Pengurusan Hutan Tropika dan Hidupan Liar

STAE3143 Fisiologi Sekitaran dan Biomonitoran

STAE3202 Penggunaan dan Penilaian Tanah

STAE3213 Hidrologi dan Geokimia Sekitaran

STAE3222 Paleosekitaran dan Paleoekologi                                   

STAE3232 Bencana Alam

STAE3263 Sedimentasi dan Geosekitaran Marin

STAE3322 Sanitasi dan Kesihatan Sekitaran Tropika

STAE3423 Teknologi Perawatan Air

STAE3433 Pencemaran dan Alam Sekitar

STAE3442 Penilaian Risiko Pencemar

STAE3992 Latihan Ilmiah I

STAE3994 Latihan Ilmiah II               
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #3 于: 六月 26, 2008, 11:29:01 上午 »
STAE1013 Prinsip Sains Sekitaran I

Kursus ini menerangkan secara ringkas prinsip asas ekologi dan kepentingan sesuatu ekosistem. Seterusnya ia akan membincangkan mengenai keseimbangan dalam alam semulajadi dan proses-proses kitaran semulajadi seperti kitaran hidrologi, kitaran atmosfera, kitaran litosfera dan kaitannya dengan sesuatu persekitaran. Ia juga merangkumi penerangan ringkas mengenai sumber tenaga dan beberapa hasilan semulajadi bumi seperti air, petroleum dan gas untuk kegunaan manusia.

STAE 1013 Principles of Environmental Science 1

This course starts with brief discussions on the fundamentals of ecology and the importance of ecosystems. This is then followed by discourses on equilibriums in the natural world and the various natural processes such as hydrological cycle, atmospheric cycles, lithospheric cycles and their interactions and impact to particular environments. This course will also discuss briefly on sources of energy and several natural resources available on earth such as water, petroleum and gas for human use.

Rujukan

References

Botkin, D. B, & Keller, E.A. 2003. Environmental science. Earth as a Living planet. John Wiley & Sons.

Chiras, D. D. 2001. Environmental Science. Creating a sustainable future. 6th Edition. Jones & Bartlett Publishers, Inc.

Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.

National Research Council. 1980. Energy and faith of ecosystem. Washington D. C: National Academy Press

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and applications. 2nd Edition. New Jersey:Prentice Hall International, Inc.   

STAE1023 Prinsip Sains Sekitaran II

Kursus ini akan menerangkan dengan ringkas punca-punca pencemaran sesuatu sistem semulajadi yang merangkumi punca-punca pencemaran air, udara dan tanah. Ia juga akan memberikan maklumat secara ringkas mengenai punca-punca dan bahan-bahan pencemaran utama yang boleh membahayakan persekitaran. Seterusnya kursus ini akan membincangkan akibat daripada beberapa aktiviti manusia kepada kesihatan dan persekitaran.

STAE 1023 Principles of Environmental Science 2

This course will briefly explain sources of pollution to natural systems including water, air and soil. It will deliberate on the main pollutants; their sources and effects on the environment. The course will focus on effects of human activities to the health of the environment and the living organisms, particularly human.

Rujukan

References

Botkin, D. B, & Keller, E.A. 2003. Environmental science. Earth as a Living planet. John Wiley & Sons.

Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International Inc.

Mayer, J. R. 2001. Connections in Environmental Science. A case study approach. Mc Graw Hill International Edition.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and applications. Ed. ke- 2. New Jersey:Prentice Hall International Inc.

Waldbott, G. L. 1978. Health fffect of environmental pollutants. Ed. ke-2, Saint Louis: The C. V. Mosby Company

STAE1033 Manusia dan Sekitaran

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang prinsip-prinsip asas dan isu-isu semasa yang merangkumi saling-hubungan manusia dan alam sekitar. Bermula dengan konsep-konsep asas dan mudah, kefahaman yang lebih kompleks dibina secara logikal melalui sokongan ilustrasi dan contoh-contoh signifikan yang sesuai dan terkini bagi menyokong konsep dan pengertian tersebut. Skop kursus meliputi pendekatan ekosistem bagi menunjukkan kestabilan sistem hidupan yang bergantung kepada keseimbangan antara perolehan nutrien dan penggunaannya, aliran keluar masuk tenaga, hidup dan mati dalam populasi. Pelbagai aspek sistem manusia juga dibincangkan seperti gunatanah, pelupusan buangan dan masalah pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber lain yang boleh dan tidak boleh diperbaharui, perbincangan tentang perubahan yang wajar bagi mencapai keseimbangan dan kelestarian sistem manusia. Selanjutnya, dibincangkan juga saranan tentang pelbagai langkah tindakan yang telah dan wajar diambil bagi menangani isu-isu alam sekitar masa kini serta realiti ekonomi dan masalah perundangan yang menyekat langkah-langkah positif seperti pengawalan pencemaran, pengkitaran semula, penjimatan sumber dan sebagainya.

Rujukan

Kaufman, D.G. & Franz, M. C. 1993. Biosphere 2000: Protecting Our Global Environment. New York: Harper Collins College Publishers.

Seymour, J. & Girardet, H. 1987. Blueprint for a Green Planet.. New Jersey: Prentice Hall Publ. Co.

Simon, J.L. 1990. Population Matters: People, Resources, Environment and Immigration. New Brunnswick: N.J. Transaction.

Wilson , E.O & Peter, F. M. 1992. Biodiversity. Washington D.C.: National Academic Press.

World Conservation Union. 1991. Caring For The Earth: A Strategy for Sustainable Living. Gland, Switzerland: The World Conservation Union.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #4 于: 六月 26, 2008, 11:29:20 上午 »
STAE1062 Ekologi Populasi dan Komuniti

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep ekologi yang lebih terperinci terutamanya yang berkaitan dengan populasi dan komuniti. Perbincangan bermula dengan takrifan dan seterusnya menerangkan ciri-ciri sesuatu populasi dan komuniti. Interaksi dan pertalian sesama organisma dalam populasi dianalisa menggunakan teori-teori ekologi terkini dan model-model matematik. Perubahan taburan dan kelimpahan organisma dan kepelbagaian sesuatu organisma dalam sesuatu komuniti juga turut dianalisa menggunakan model-model dan indeks-indeks tertentu. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taburan, kelimpahan dan kepelbagaian organisma juga dikenalpasti. Seterusnya, fungsi-fungsi sesuatu populasi dan komuniti dan bagaimana fungsi-fungsi ini berkait rapat dengan kehidupan manusia turut dibincangkan.

Rujukan

Begon, M., Harper, J.L. & Townsend, C.R. 1990. Ecology: Individuals, Population and Communities, Ed. ke-2. London: Blackwell Scientific Publication.

Begon, M. & Moritimer, M. 1981. Population Ecology: A Unified Study of Animals and Plants. London: Blackwell Science Publication.

Giller, P.S. 1984. Community Structure and The Niche. Chapman and Hall.

Krebs, C.J. 1996. Ecology: The Experimental Analysis and Distribution and Abundance. Ed. ke-3. Harper and Row.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and Application. Ed. ke -2. New Jersey:Prentice Hall Int. Inc.
STAE1063 Geosains

Kursus ini memperkenal mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi atau sebagai komponen fizis sekitaran bumi. Perbincangan akan merangkumi sifat hablur, fizis dan kimia mineral yang merupakan unit inorganik semula jadi yang terkecil dibumi dan juga sebagai asas kepada unit binaan berbagai jenis batuan. Turut dibincangkan ialah jenis-jenis mineral dan batuan. Amali dan latihan lapangan akan menekankan pengenalan mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi.

Rujukan

Berry, L. G., Mason, B., & Dietrich, R. V., 1983. Mineralogy: Concepts, Descriptions and Determinations. San Fransisco: W. H. Freeman. Atau terjemahannya oleh Wan Fuad Wan Hassan dan Kadderi Md. Desa, 1995. Mineralogi: Konsep, Pemerihalan dan Penentuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dixon, D., & Bernor, R. L. 1992. The Practical Geologist. New York: Simon & Schuster.

Ibrahim Komoo, Abdul Rahim Hj. Samsudin & Ibrahim Abdullah. 1987. Bumi: Sifat Fizik dan Kimia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir. 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Watson, J., 1979. Rocks and Minerals. London: George Allen & Unwin. Atau terjemahannya oleh Syed Sheikh AlMashoor. Batuan dan Mineral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAE1083 Teknik Analisis Persekitaran

Kursus ini menerangkan tentang beberapa kaedah analisis persekitaran dan penggunaan alat-alat lazim pengukuran faktor-faktor biotik dan abiotik. Kursus ini melibatkan aktiviti analisis di makmal seperti pengendalian peralatan saintifik dan penyediaan larutan. Seterusnya kursus ini akan memberi penerangan tentang kaedah-kaedah analisis di lapangan yang melibatkan pelbagai analisis persekitaran, ujian statistik dan penulisan laporan secara saintifik.

Rujukan

Brower, J.E. & Zar, J.H. 1977. Field and Laboratory Methods for General Ecology. Iowa: Dubuque WM. C. Brown. Co. Publishers.

Campton, R. R. 1962. Manual of Field Geology. New York: Wiley Interscience

Marr, I. L. & Cresser, M. S. 1983. Environmental Chemical Analysis. New York: Chapman and Hall

Robinowitz, A. 1992. Wildlife Field Research and Conservation Training Manual. Wildlive Conservation Society.

STAE2013 Pengenalan Penderiaan Jauh dan GIS

Didalam kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada asas-asas kaedah penderiaan jauh dan GIS. Dalam asas penderiaan jauh, pelajar akan diperkenalkan kepada analisis hubungan antara ciri alam sekitar dengan imej yang dideriakan melalui beberapa sistem penderiaan jauh. Selain itu, teknik pemerolehan imej serta asas tatacara pemprosesan dan penafsiran imej akan juga dibincangkan. Di dalam GIS, pelajar diperkenalkan kepada sejarah evolusi perkembangan GIS, konsep ruang dalam GIS, struktur data geografi, komponen dan fungsi dalam sesebuah perisian GIS serta perlaksanaan statistik keruangan. Beberapa contoh aplikasi GIS akan dibincangkan untuk pelajar memahami fenomena ruangan dalam GIS.

Rujukan

Aranoff, S. 1993. Geographical Information System: A Management Perspective. Ottawa: WDL Publications

ESRI. 1993. Understanding GIS: The ARC/INFO Method. Redlands.

Jensen, J.R. 1996. Introductory Digital Image Processing : A Remote Sensing Perspective. New Jersey: Prentice Hall.

Martin, D. 1991. Geographical Information Systems and their Socio-economic Application. London: Routledge.

Sharifah Mastura, S.A. 1999. Pengenalan Penderiaan Jauh. Bangi: EOC.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #5 于: 六月 26, 2008, 11:29:40 上午 »
STAE2022 Keselamatan dan Kesihatan Sekitaran

Kursus ini membincangkan aspek keselamatan dan keselamatan sekitaran pekerjaan dan tempat tinggal. Antara tajuk yang dibincangkan termasuk mengenalpasti jenis hazad, menilai dan mengawal risiko yang terdapat di sekitaran. Antara hazad tersebut ialah bahan kimia, fizikal, biologi, mekanikal, sinaran (mengion dan tak mengion), bunyi, pencemaran dalaman dan lain-lain lagi. Disamping itu, langkah-langkah keselamatan dan kawalan juga diterangkan. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sekitaran tempat kerja dan tempat tinggal turut diperbincangkan. Sehubungan itu, perbincangan juga dibuat terhadap penilaian risiko secara kuantitatif dan kualitatif. Pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Akta serta Peraturan yang berkaitan dengannya dan sekitaran juga disentuh.

Rujukan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514. 1994 dan Peraturan-Peraturan Berkaitan.

Meyer, E. 1977. Chemistry of hazardous chemicals. New Jersey:Prentice Hall Inc.

Noor Hassim Ismail. 1993. Kesihatan Persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paustenbach, D.J. 1989. The Risk Assessment of Environmental and Human Health Hazards : A Textbook of Case Study. USA: John Wiley and Sons.

Ringgdahl, L.H. 1993. Safety Analysis : Principles and Practice in Occupational Safety. Elsevier Applied Science.                                     

STAE2032 Sains Tanih Sekitaran

Kursus ini menerangkan kepada pelajar mengenai kepentingan tanih kepada manusia. Bagaimana tanih-tanih yang berlainan jenis dipengaruhi oleh berbagai faktor dan proses sekitaran untuk terbentuk, dan bagaimana tanih mempengaruhi sekitaran. Perbincangan merangkumi komposisi organik dan inorganik, ciri kimia dan fizis fasa pepejal, cecair dan gas tanih. Setiap komponen yang ada di dalam tanih memberikan ciri-ciri tertentu kepada tanih yang mana boleh dimanipulasi untuk berbagai kegunaan (pertanian, perlombongan, perindustrian dan rekreasi) yang memberikan keuntungan kepada manusia.

Rujukan

Brady, N.C. 1985. The Nature and Properties of Soils. New York: McMillan Publ. Inc.

Plaster, E.J. 1992. Soil Science and Management. New York Albany: Delmar Publishers Inc.

Shamsudin, J. & Othman, Y. 1992. Sains Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syers, J.K. & Rimmer, D.L. 1994. Soil Science and Sustainable Land Management in the Tropics: CABS International.

Tan, K.H. 1994. Environmental Soil Science. New York: Marcel Dekker, Inc.

STAE2043 Statistik dalam Sains Sekitaran

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep-konsep statistik yang boleh digunakan untuk menganalisis data sains sekitaran. Penekanan akan diberikan kepada statistik pemerihalan dan statistik pentaabiran yang merangkumi ujian hipotesis, anggaran dan peramalan. Pemerihalan data : jadual frekuensi, selang kelas; carta-carta palang, pai dan histogram. Pengukuran-pengukuran memusat, serakan dan bentuk : purata, median, mod, julat, varians, sisihan piawai, pencongan dan kurtosis. Taburan kebarangkalian diskret : seragam, binomial, Poisson. Taburan ketumpatan selanjar : normal, t, gama dan khi-kuasadua. Ujian hipotesis dan anggaran: jenis ralat, selang keyakinan, aras keertian; ujian-ujian ke atas purata, varians dan kadaran; ujian-ujian khi-kuasa dua bagi kebagusan penyuaian dan ketakbersandaran. Regresi dan korelasi : regresi linear mudah, koefisien korelasi, regresi berganda dan regresi taklinear. Analisis varians (anova) : satu hala, dua hala tanpa replikasi dan dua hala dengan replikasi.

Rujukan

Elmore, P. B. & Woehlke, P. L. 1997. Basic Statistics. New York : Longman.

Green, R.H. 1979. Sampling Design and Statistical Methods for Environmental Biologists. New York : John Wiley & Sons.

Walpole, R. E. &. Myers, R.H. 1987. Kebarangkalian dan Statistik untuk Jurutera dan Ahli Sains. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zar, J. H. 1984. Biostatistical Analysis. Englewood Cliffs, New Jersey:Prentice-Hall

STAE2052 Sumber Tenaga dan Alam Sekitar

Tujuan kursus ini adalah menerangkan kepada para pelajar tentang kepentingan tenaga dalam pembangunan serta sumber-sumber tenaga yang terdapat di alam ini. Bermula dari tenaga otot sehinggalah kepada penukaran tenaga yang membolehkan kerja dilakukan. Secara umumnya sumber tenaga dapat dikategorikan kepada dua; tenaga lazim dan tenaga keterbaharuan. Sumber tenaga lazim mempunyai keterbatasannya disamping penggunaannya yang memudaratkan alam. Tenaga keterbaruan lebih selamat dan menjimatkan, tetapi malangnya teknologinya terbatas dan usaha memajukan perlu terus dijalankan. Polisi tenaga yang sesuai dapat memastikan pembangunan dapat dilangsungkan dengan kesan negatif yang minimum.

Rujukan

Anderson, E. E. 1983. Fundamentals of Solar Energy Conversion. Raeding. Massachusetts: Addison Wesley Pub.

Baharudin Yatim 1989. Tenaga: Konsep, Prinsip dan Hubungan dengan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huniarti Tamin 1996. Sektor Tenaga dalam Pembangunan Tenaga. Forum IRPA-Sektor Tenaga. Anjuran Institut Tenaga Malaysia. 4 September.

Mohd. Yusof Hj. Othman 1991. Teknologi Pengeringan Hasil Pertanian di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka.

Wieder, S. 1996. Pengenalan Tenaga Suria Untuk Ahli Sains dan Jurutera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAE2083 Pengenalan Undang-undang Alam Sekitar

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang asas perundangan alam sekitar khususnya di Malaysia. Beberapa asas ilmu perundangan seperti terminologi, pengkelasan, serta cara membaca kes akan terlebih dahulu dibicarakan. Ini diikuti dengan perbincangan tentang sejarah pengurusan alam sekitar sebelum perlaksanaan undang-undang di Malaysia dan di negara lain, serta perkembangan dan pemaktuban undang-undang alam sekitar di Malaysia. Selain itu, beberapa perjanjian, persidangan serta perundangan antarabangsa tentang pemeliharaan alam sekitar akan juga disentuh, Pematuhan ISO 1400 bagi tujuan pengauditan alam sekitar serta isu keselamatan dan kesihatan sekitaran dan ditempat kerja akan juga dibincangkan. Kursus ini dijangka akan dapat membantu pelajar memahami proses-proses perundangan yang melibatkan bidang alam sekitar di Malaysia.                                                                 

Rujukan

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 1998. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia. 1999. Akta Kualiti Alam Sekeliling. 1974, (Akta 127) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah.

Bell, S. & McGillivray, D. 2000. Environmental Law. Edisi ke-5. London: Blackstone Press.

Muhamad Awang, Muhamad Nasir Hasan, Zulina Zakaria, Karen Badri, Chong, T. L., Wan Nor Azmin Sulaiman & Mohd. Kamil Yusoff. 2000. Environmental Management Standarts (ISO 1400): Towards A Sustainable Future. Serdang, Universiti Putra Malaysia.

United Nations. 1992. Agenda 21: Programme of Action for Sustainable Development. New York, United Nation.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #6 于: 六月 26, 2008, 11:30:01 上午 »
STAE2123 Ekologi Akuatik, Pesisir Pantai dan Tanah Lembap

Kursus ini akan membincangkan interaksi faktor-faktor biotik dan abiotik di persekitaran air tawar dan marin. Pendekatan dan penekanan ditumpukan kepada jenis dan fungsi ekosistem akuatik, seperti ekologi air tawar, air muara, pesisiran dan laut dalam. Jenis-jenis habitat khas seperti ekosistem paya bakau dan paya gambut, terumbu karang, tasik dan sungai juga diberi perhatian. Peranan dan interaksi dilihat pada pelbagai peringkat individu dan komuniti seperti strategi pembiakan, pemakanan dan pola organisasi komuniti. Seterusnya pengaruh kehadiran atau aktiviti manusia seperti penempatan, pembalakan dan perindustrian serta pengurusan bersepadu komponen utama tersebut juga disentuh. Beberapa aspek persekitaran pesisiran, bakau dan kukup akan disentuh di mana ekosistem berkenaan adalah merupakan sebahagian penting persekitaran akuatik secara keseluruhan.

Rujukan

Barnes, R.S.K. & Hughes, R.N. 1993. An Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Sci. Publ.

Cole, G.A. 1993. Buku Teks Limnologi (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Fountaubert, A.C. 1996. Biodiversity in the Seas; Implementing the Convention on Biological Diversity in Marine and Coastal Habitat S. Gland: IUCN.

Ismail, A. & Mohamad, A.B. 1992. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ramsar. 1993. Towards the Wise Use of Wetlands. Switzerland: Glond.
STAE2142 Toksikologi Persekitaran

Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip asas toksikologi dan hubungannya dengan persekitaran. Jenis ketoksikan (akut dan kronik), analisis dan penilaian ketoksikan, metabolisme bahan toksik, termasuk konsep karsinogenesis dan teratogenesis akan dibincangkan. Selain itu, punca-punca dan akibat kehadiran bahan toksik dalam persekitaran air, udara dan tanah yang boleh mempengaruhi manusia seperti logam berat, pestisid, bahan radioaktif serta juga aplikasi bidang toksikologi dalam bidang forensik, klinikal, penilaian risiko dan pekerjaan akan turut dibincangkan.

Rujukan

Finney, D.J. 1952. Probit Analysis. Ed. ke-2. Cambridge: Cambridge University Press.

Landis W.G. & Yu, M.H. 1995. Introduction to Environmental Toxicology. London: Lewis Publishers:

Richardson, M. 1995. Environmental Toxicology Assessment. London:Taylor and Francis.

Sipes, G. Mc Queen, C., & Gendolfi, J. 1997. (Penyunting) Comprehensive Toxicology. Volume 1. General Principles. (Bond, J., penyunting). Pergamon Press.

Timbrell J.A. 1989. Introduction to Toxicology. London: Taylor and Francis.
STAE2162 Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah

Kursus ini akan membincangkan kitar pembentukan tanih dan pengaruh hidupan ke atas pembentukannya. Kepelbagaian jenis-jenis tumbuhan yang terdapat pada jenis tanah dan sekitaran tertentu akan dibincangkan. Ciri-ciri kimia dan fizis tanih akan dilihat dari perspektif hubungannya secara terus dengan tumbuhan. Perkaitan di antara saliran, pengairan, infiltrasi dan perkolasi air dalam tanih dengan ciri fizik seperti tekstur, struktur, kedalaman, dan ketumpatan tanih akan turut dibincang. Pemakanan tumbuhan juga diambil kira dengan membincangkan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan, apa sumbernya dan bagaimana ia boleh diambil oleh tumbuhan. Aspek pengurusan tanih akan membincangkan jenis-jenis tanah yang dikira bermasalah dan bagaimana kaedah pengurusannya supaya dapat dimanfaatkan untuk sesuatu kegunaan.

Rujukan

Brady, N.C. (1985). The Nature and Properties of Soils. New York: McMillan Publ. Inc.

Plaster, E.J. (1992). Soil Science and Management. New York: Delmar Publishers Inc.

Russell, E.W. (1978). Soil Conditions and Plant Growth. London: Longman Group Limited

Shamsudin Jusop (1992). Pengurusan Tanih.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsudin, J. & Othman, Y. (1992). Sains Tanah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.                                                                     
STAE2202 Geosekitaran Tanah Rendah dan Tanah Tinggi

Kursus ini membincangkan persekitaran fizikal dan proses di kawasan tanah rendah, tanah tinggi dan sekitaran akuatik dengan menitikberatkan geosekitaran di Malaysia. Landskap kawasan tanah rendah, tanah tinggi, sekitaran fizis akuatik seperti tasik, sungai dan dataran pantai dan proses pembentukan akan diketengahkan. Topik lain meliputi rejahan batuan, canggaan, pemineralan; tektonik, denudasi dan pengangkutan sedimen ke lautan serta luluhawa dan kitaran geokimia, hakisan dan degradasi tanah dan sekitaran; sedimentasi. Geosekitaran air, tanah dan batuan serta bahan bumi dan struktur bawah permukaan akan juga dibincangkan.

Rujukan

Aswathanarayana, U., 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam: Balkema.

Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.

Tjia, H. D., 1987. Geomorphology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tjia, H. D., Juhari Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun dan Anizan Isahak, 1987. Proses Eksogen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilson, M., 1993. Igneous Petrogenesis: A Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #7 于: 六月 26, 2008, 11:30:21 上午 »
STAE2213 Geodinamik dan Geologi Sekitaran

Konsep geosekitaran meliputi perbincangan mengenai geologi sebagai komponen sistem fizis kedinamikan sfera bumi akibat daya dan geokimia dalaman bumi yang ditafsirkan melalui fahaman seismologi, graviti, kemagnetan olahan haba dan bahan. Kedinamikan, magnitud dan frekuensi fenomena geologi seperti perubahan paras laut dan pencairan glasier. Konsep masa, ruang dan kadar perubahan seperti perubahan cepat oleh angin troposfera atau gembabumi dan kadar perubahan lambat seperti pemendapan sedimen di lautan atau pergerakan kepingan kerak lautan. Evolusi dan taburan unsur-unsur bumi, proses-proses berkaitan sekitaran tanah, sedimen, air, udara. Konsep keseimbangan sekitaran. Pengenalan geologi sekitaran. Sekitaran ekologi dan ekosistem. Perkaitan manusia dengan alam tabii. Kepentingan dan peranan geologi sekitaran. Konsep-konsep asas sekitaran. Kekomplesian sistem fizis. Tindakbalas sistem fizis terhadap kegiatan manusia. Keseimbangan dan kestabilan sistem sekitaran. Ambang dalaman dan luaran. Sistem terbuka dan tertutup. Sumber bumi. Sumber yang boleh diperbarui dan tak boleh diperbarui. Keuniversalan masalah sekitaran. Kadar kemorosotan alam sekitar. Pertimbangan faedah-pengauditan sekitaran. Pengurusan sekitaran. Pengaruh aktiviti manusia terhadap sekitaran fizikal, pembinaan lebuhraya, dan pembangunan bandar. Perlombongan permukaan dan bawah tanah. Empangan dan takungan air. Kaedah pelupusan sisa domestik (sampah-sarap) dan sisa merbahaya. Rumusan geologi sekitaran. 

Rujukan

Aswathanarayana, U. 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam: Balkema.

Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.

Turcotte, D. L. & Schubert, G. 1982 Geodynamics: Applications of Continuum Physics to Geological Problems. New York: John Wiley and Sons.

Vita-Finzi, C. 1986. Recent earth movements. Washington D.C: Academic Press.

Wilson, M., 1993. Igneous Petrogenesis: A Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall.
STAE2283 Penyiasatan Bawah Tanah dan Geofizik Sekitaran

Kursus ini memperkenal teknik langsung dan tak langsung dalam penyiasatan bawah tanah. Pengenalan kepada prinsip-prinsip geofizik; penggunaan kaedah-kaedah geofizik, prosedur lapangan dan pentafsiran data geofizik untuk tujuan kajian dan pemantauan alam sekitar akan dibincangkan. Selain itu kaedah penyiasatan bawah tanah, penggerudian dan rakamannya, kaedah-kaedah duga-dalam langsung serta korelasi dengan data geofizik akan juga diketengahkan berserta beberapa kajian kes.

Rujukan

Abd. Rahim Samsudin, 1990. Geofizik: Konsep dan Penggunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goodman, R. E., 1989. Introduction to Rock Mechanics. New York: John Wiley and Sons.

Hock, E., & Brown E. T., 1980. Underground Excavation in Rocks. London: Institute of Mining and Metallurgy.

Reynold, J. M., 1997. An Introduction to Applied and Environmental Geophysics. New York: John-Wiley & Sons.

Telford, W. W., Geldart, L.P. & Sherriff, R. E. 1990. Applied Geophysics. Cambridge: Cambridge Univ. Press.
STAE2313 Penyakit Berjangkit dan Persekitaran

Kursus ini memperkenalkan beberapa kumpulan agen jangkitan yang penting daripada segi kesihatan awam. Beberapa contoh agen jangkitan seperti virus, bakteria, protozoa dan helmin yang mengancam kesihatan manusia akan dihuraikan daripada beberapa aspek, termasuklah kitar hidup, penyebaran dan gejala penyakit. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit tersebut juga akan diketengahkan. Kursus ini menekankan bagaimana pentingnya kaedah sanitasi yang terancang dan terurus dapat mengurangi perebakan penyakit.

Rujukan

Cairncross, S. & Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the Tropics. Chichester: John Wiley & Sons.

Cox, F.E.G. 1993. Modern Parasitology. Ed. ke-2. London: Blackwell Scientific Publications.

Despommier, D.D., Gwadz R.W. & Hotez, P.J. 1995. Parasitic Diseases. Ed. ke- 3. New York: Springer-Verlag.

Lim, K.G. 1993. A review of Diseases in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Ryan, K.J. 1994. Sherris Medical Microbiology. An Introduction to Infectious Diseases. Ed. ke- 3, London: Prentice-Hall International Inc.
STAE2322 Prinsip Epidemiologi

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang prinsip, tujuan dan kaedah dalam epidemiologi. Kursus ini memfokus kepada isu yang berhubungkait dengan kejadian penyakit dalam sesuatu populasi manusia ataupun haiwan, serta hubungan berbagai-bagai determinan dan faktor yang menimbulkan penyakit. Beberapa kaedah statistik dan pengolahan data epidemiologi juga akan dibincangkan.

Rujukan

Last, J.M. 1987. Public Health and Human Ecology. London: Prentice-Hall International Ed.

Morrell, D. 1988. Epidemiology in General Practice. New York: Oxford Medical Publications.

Osman Ali. 1990. Kaedah Epidemiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saleha Abdul Aziz. 1992. Epidemiologi Veterinar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #8 于: 六月 26, 2008, 11:30:40 上午 »
STAE2413 Kimia Atmosfera

Dalam kursus ini beberapa aspek kimia atmosfera bumi akan dibincangkan. Tumpuan akan diberikan kepada aspek kimia yang berkaitan dengan masalah global seperti lubang ozon, kesan rumah hijau dan pemendapan asid. Pengenalan: Struktur dan komposisi atmosfera bumi. Juzuk surihan atmosfera : hidrogen, helium, ozon, sebatian karbon, nitrogen dan sulfur. Aerosol atmosfera: Pengkelasan, punca, taburan dan komposisi kimia. Kitaran karbon dan sulfur di atmosfera. Fotokimia, kinetik kimia dan taburan ozon jumlah di atmosfera. Kimia troposfera. Tindakbalas radikal bebas di stratosfera. Pengeluaran bahan surihan atmosfera: proses pemendakan kering dan basah, komposisi kimia pemendakan. Perubahan iklim dan hubungkait dengan komposisi kimia atmosfera.   

Rujukan

Atmospheric Chemistry, Course Notes, Department of Chemistry, University of Cambridge. 1987.

Goody R.M. & Walker, J.C. G. 1972. Atmospheres. New Jersey: Prentice-Hall International.

Kupchella C.E. & Hyland, M.C. 1993. Environmental Science : Living Within the System of Nature. Edisi ke-3, New Jersey: Prentice Hall International.

Meszaros, E. 1981. Atmospheric Chemistry : Fundamental Aspects. Hungary: Elsevier Scientific Publishing Co.
STAE2423 Analisis Kualiti Air dan Udara

Dalam kursus ini konsep-konsep kimia dalam analisis air dan udara akan diperkenalkan terlebih dahulu dan ini merangkumi konsep titrimetri, kolorimetri, elektrokimia, kromatografi, spektrofotometer serapan atom dan pancaran atom. Kaedah piawai yang terperinci dalam menganalisis parameter kualiti air dan parameter kualiti udara akan selanjutnya dikemukakan. Selain dari itu, teknologi baru dalam analisis dan pemonitoran kualiti air/udara melalui penggunaan sensor akan turut diperkenalkan. Seterusnya kepentingan analisis air dan udara serta indeks kualiti kedua-duanya akan turut dibincangkan.

Rujukan

American Public Health Association. 1992 Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater. Ed. ke-18, USA.

Bragg, G.M. & Strauss, W. 1981. Air Pollution Control. New York: Wiley-Interscience.

Chapman, D. 1992. Water Quality Assessments, UNESCO/WHO/UNEP. London:Chapman & Hall.

Tchobanoglous G. & Schroeder, E.D. 1985. Water Quality : Characteristics, Modeling, Modification. California: Addison-Wesley.

Waite, T.D. 1984. Principles of Water Quality. Washington D.C: Academic Press.

STAE2442 Kimia Air

Kursus ini membincangkan tentang ciri-ciri fizikokimia air dan interaksi antaranya. Kategori air yang terlibat ialah air sungai, tasik/kolam, air payau dan air laut. Penekanan akan diberikan kepada tindak balas kimia yang berlaku dalam air yang menyumbang kepada masalah pencemaran air. Sifat-sifat fizis dan kimia air dibincangkan. Beberapa proses kimia yang berlaku dalam air yang berkaitan dengan pencemaran, pengangkutan dan ketoksikan air juga turut ditekankan. Selain itu, kajian kes kesan kejadian hujan asid serta saliran asid lombong terhadap kualiti air sungai akan juga dibincangkan. 

Rujukan

Neilson, A.H. 1994. Organic Chemicals In the Aquatic Environment., USA: CRC Press.

Snoeynk, V.L. & Jenkin, O. 1980. Water Chemistry., New York: John Wiley & Sons.

Stumm, W. & Morgan, J.J.. 1981. Aquatic Chemistry. New York: John Wiley & Sons.

Tchobanoglous,G. & Schroeder, E.D. 1985.Water Quality : Characteristics, Modeling, Modification. California: Addison-Wesley.

Tessier, A & Turner D.R. 1995. Metal Speciation and Bioavailability in Aquatic Systems. IUPAC Series of Analytical and Physical Chemistry of Environmental Systems. New York: John Wiley & Sons.

STAE2802 Latihan Industri

Kursus ini tidak diwajibkan untuk pelajar jurusan Sains Sekitaran. Bagaimanapun pelajar amat digalakkan mengambil kursus ini dengan menjalankan latihan di makmal-makmal terpilih, institusi penyelidikan dan agensi kerajaan yang berkaitan selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman dalam kerjaya yang berkaitan bidang Sains Sekitaran. Semasa latihan pelajar akan diselia secara langsung oleh pegawai berkaitan di tempat latihan. Di akhir latihan setiap pelajar perlu menyiapkan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan membentangkan secara lisan kepada program.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #9 于: 六月 26, 2008, 11:31:13 上午 »
STAE3012 Komunikasi Saintifik untuk Sains Sekitaran

Kursus ini membincangkan prinsip dan kaedah mengumpul, membuat analisis secara kritikal dan menyampaikan semula maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (rencana, laporan teknikal dan tesis) dan pembentangan (lisan dan berposter). Latihan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai pelbagai tajuk dalam bidang Sains Sekitaran.

Rujukan

CBE Style Manual Committee. 1983. Council of biology editors style manual : A guide for authors, editors and publishers in the biological sciences. Bethesda, Maryland : Council of Biology Editors Inc.

Day, R.A. 1979. How to write and publish a scientific paper. Philadelphia: Institute for ScientificInformation Press.

Ismail Ahmad & Mohd. Nordin Hj. Hassan. 1995. Komunikasi Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mauch, J.E. & Birch, J.W. 1989. Guide to the successful thesis and dissertation: Conception to publication. A handbook for students and faculty. New York: Marcel Dekker Inc.

Turabian, K.L. 1987. A manual for writers of term papers, thesis and dissertations. Chicago: University of Chicago Press.
STAE3102 Etnobotani dan Ekonomi Persekitaran

Beberapa perkaitan sejagat dan juga tempatan di antara tumbuhan dan manusia akan dibincangkan untuk menunjukkan saling pergantungan di antara mereka. Pergantungan ini mempunyai sejarah dan tradisi yang lama di dalam pertanian dan perhutanan dan kini telah dimanfaatkan dalam perhutanan bandar, tumbuhan ubatan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Aspek etnobotani di Malaysia khususnya tumbuhan ubatan, tumbuhan ekonomi dan usaha penghutanan dan pemuliharaan sumber alam akan dibincangkan untuk menunjukkan bahawa kemandirian manusia bergantung kepada pemuliharaan sumber tumbuhan.

Rujukan

Balick, M.J. & Cox, P.A. 1997. Plants, people and culture:The science of ethnobotany San Fransisco: W.H. Freeman and Co.

Jain, S.K. 1987. A Manual of Etnobotany. India: Scientific Publishers, Jodhpur

Johnson, D. 1991. Palms for Human Needs in Asia., Rotterdam: A.A. Balkena.

Lewington, A. 1990. Plants for People. Kew: Royal Botany Gardens.

Scknites, R.E. et.al.1995. Ethnobotany:Evolution of a discipline. Timber Pr.

STAE3113 Pemuliharaan dan Pengurusan Hutan Tropika dan Hidupan Liar

Kursus ini akan memperkenalkan pengurusan hutan, pengkelasan hutan simpan dan jenis-jenis hutan tropika serta kehidupan flora dan fauna yang menghuninya. Ekologi dan pengurusan hutan dan hidupan liar di kawasan tropika khususnya di Malaysia juga akan dibincangkan. Kepentingan pengetahuan tentang pemuliharaan hutan dan hidupan liar dikaitkan dengan kenyataan kepelbagaian biologi bernilai ekonomi dan masalah kepupusan. Penekanan diberikan terhadap nilai ekonomi hutan hujan tropika dan hidupan liar, prinsip-prinsip asas pemuliharaan in situ dan ex situ dan perlaksanaan undang-undang setempat dan antarabangsa untuk perlindungan habitat dan spesies. Keseimbangan alam serta kedinamika populasi disentuh bagi menguatkan keperluan pengetahuan ini.

Rujukan

Anon. 1992. The Endangered Rainforest and the Fight for Survival. Vol I. Georgetown: Jutaprint.

Bookhout T.A. 1996. Research and Management Techniques for Wildlife and Habitats. The Wildlife Society.

Mabberley, D.J. 1992. Tropical Rain Forest Ecology. Ed. ke 2. London: Blakie Academic & Professional.       

Robinowitz, A. 1992. Wildlife Field Research and Conservation Training Manual. Wildlife Conservation Society.

Whitmore, T.C. & Sayer, J.A. 1992. Tropical Deforestation and Species Extinction. London: Chapman & Hall.

STAE3143 Fisiologi Sekitaran dan Biomonitoran

Kursus ini akan membincangkan aspek perbandingan pada berbilang haiwan dan tumbuhan dalam menyelesaikan masalah-masalah fisiologi asas yang dihadapi dalam sekitaran. Faktor biotik dan abiotik yang wujud boleh mempengaruhi sistem fisiologi hidupan. Pelbagai tekanan dan kesan persekitaran ke atas fisiologi haiwan dan tumbuhan (lumut, paku pakis, alga, liken dan tumbuhan tinggi) akan dibincang berhubung kesan suhu, kemarau, taburan hujan, pemberian hormon dan pestisid, kekurangan atau kelebihan mineral/nutrien dalam tanah, hujan asid, jerebu dan bahan pencemaran udara, tanah dan air. Kesan pembuangan kumbahan terhadap tumbuhan tepi sungai, ledakan alga (algal bloom) dan pasang merah (red tides) juga disentuh. Konsep pemonitoran biologi akan mendedahkan para pelajar dengan kajian-kajian kes yang terdapat dalam literatur mengenai penggunaan tumbuhan dan haiwan seperti briofita, ikan, alga, makroinvertebrat bentos, invertebrat tanih dan sebagainya dalam pemonitoran bahan pencemaran alam sekitar. Penekanan akan diberikan kepada pemilihan organisma, jenis pemonitoran yang sesuai dan interpretasi data untuk pengurusan persekitaran. Agen pemonitoran seperti ikan, alga, liken, bentos makrofit akuatik dan lain-lain akan diperkenalkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep dan penggunaan indeks diversiti dan biotik. Penekanan akan diberikan kepada kes di Malaysia.

Rujukan

Burton, M.A.S. 1987. Biological Monitoring of Environmental Contaminants. MARC Report No. 32. Monitoring & Assessment and Research Centre, Chelsea College London: University of London.

Knudt Schmidt-Nielsen, 1975. Animal Physiology: Adaptation and Environment. New York: Cambridge University Press.

Strand, F:L. Physiology: A Regulatory Systems Approach. New York: Mc Millan Pub. Co.

Slonim, J.W. 1982. Environmental Physiology. New York: John Wiley and Sons

Folks, E.G. 1984. Textbook of Environmental Physiology. Cambridge: University Press Cambridge.
STAE3202 Penggunaan dan Penilaian Tanah

Kursus ini memperkenalkan jenis-jenis gunatanah, pemilihan serta pembahagian gunatanah yang lazim dilakukan. Penilaian tanah dengan memberi merit mengikut sumbangan ekonomi dan kesan kepada sekitaran yang minimum. Turut dibincangkan ialah penilaian tanah, pembahagian penilaian tanah secara kuantitatif dan kualitatif, kesesuaian serta dan kebolehan tanah. Pengenalan perisian komputer yang sesuai untuk penilaian tanah seperti ALES dan TROPSEL turut diperkenalkan.

Rujukan

Dent, D. & Young, A. 1981. Soil Survey and Land Evaluation. London: George Allen & Unwin.

Food and Agriculture Organization of the United Nation. 1976. A Framework for Land Evaluation. Rome: FAO Soils Bulletin 32.

Rossiter, D.G. 1993. Automatic Land Evaluation System. Version 4 User's Manual. Department of Soil, Crop and Atmospheric Science, Cornell Univ. N. York: Ithaca.

Sys, C., Van Ranst, E., Debave, J. 1991-1193. Land Evaluation, Part I, II, III, Belgium: GADC.

Wong, I.F.T. 1970. A Soil Suitability Classification for Malaysia. Kuala Lumpur: Dept. Agric.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #10 于: 六月 26, 2008, 11:31:37 上午 »
STAE3213 Hidrologi dan Geokimia Sekitaran

Kursus ini merangkumi konsep hidrologi dan geokimia sekitaran yang berkaitan dengan kewujudan air dan mobiliti geokimia di atas dan di bawah permukaan bumi. Peringkat awal kuliah membincangkan kitaran hidrologi di samping menerangkan pelbagai jenis kelembapan dan pertukaran fasa di atmosfera dan zon bawah permukaan. Perbezaan iklim dan cuaca serta unsur utama seperti perubahan suhu, kelembapan dan tekanan udara, tiupan angin, radiasi cahaya, kerpasan dan vegetasi turut dibincangkan. Selain itu kursus ini juga membincangkan proses-proses penyejatan dan transpirasi, infiltrasi dan perkolasi, kesan pintasan serta air larian permukaan. Aspek hidrogeologi akan merangkumi faktor geologi yang mempengaruhi kewujudan air di bawah permukaan. Peringkat selanjutnya akan memberi konsep geokimia sekitaran yang merangkumi kefahaman sekitaran primer dan sekunder, sifat-sifat geokimia dan taburan unsur pada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Penekanan khusus akan diberikan kepada proses luluhawa untuk maklumat pengayaan, kawalan dan taburan unsur di dalam sekitaran sekunder. Mobiliti unsur-unsur di dalam sekitaran sekunder yang dikaitkan dengan faktor kelarutan, jerapan, regim Eh/pH dan lain-lain akan turut dibincangkan. Pencemaran sekitaran hidrosfera daratan oleh aktiviti perlombongan yang telah dan sedang beroperasi serta pemetaan geokimia. Selain itu perbincangan akan dilakukan terhadap radiaktiviti sekitaran dan kaitan geokimia sekitaran dengan kesihatan manusia dan haiwan.

Rujukan

Berner, E. K. & Berner, R. A., 1994. Global Environment: Water, Air and Geochemical Cycles. London: Prentice-Hall Inc.                       

Fergusson, J. E., 1982. Inorganic Chemistry and The Earth. Oxford: Pergamon Press

Langmuir, D., 1997. Aqueous Environmental Geochemistry. London: Prentice-Hall Engineering Science and Math.

Rollinson, H. R., 1993 Using Geochemical Data: Evaluation, Presentation, Interpretation. Longman.

Shaw, E.M. 1984. Hydrology in Practice. London: Chapman & Hall.

STAE3222 Paleosekitaran dan Paleoekologi

Kursus ini meliputi sejarah perkembangan sekitaran kuno berjuta-juta tahun yang lampau, seperti pada masa Jura dan kehidupan dinosaur, sehingga kepada sekitaran yang sesuai kepada kehidupan manusia sekarang. Pemerihalan evolusi dan perubahan iklim dunia akan dibincangkan. Tafsiran biosfera berasaskan kepada fosil untuk membentuk sumula kehidupan lampau organisma, sekutuan mereka dalam komuniti, dan perkaitan organisme dengan sekitaran yang mereka hidup akan disentuh. Kursus ini juga merangkumi takrifan dan prinsip utama yang digunakan dalam paleosekitaran, parameter sekitaran, perubahan global, dan kesan sekitaran terhadap sebaran organisma, struktur biosfera, populasi dan komuniti, paleobiogeografi, sejarah perkembangan kepelbagaian species dalam masa geologi, pristiwa katastrofi, kepupusan massa dan kesan terhadap perkembangan kehidupan, fosil sebagai penunjuk sekitaran dan ekosistem, tafonomi, fosil kesan dan sekitaran.

Rujukan

Brenchley, P. J. & Harper, D. A. T. 1998. Paleoecology: Ecosystem, environments and evolution. London: Chapman & Hall.

Condie, K. C. & Sloan, R. E. 1998. Origin and Evolution of Earth: Principles of Historical Geology. London: Prentice Hall.

Dodd J, R.. & Stanton: R. J., 1990. Paleoecology: Concepts and Applications. New York: John Wiley & Sons.

Stearn, C. W. & Carroll, R. L. 1989. Palaeontology: The Record of Life. New York: John Wiley & Sons.
STAE3232 Bencana Alam

Kursus ini membincangkan konsep hazad dan risiko proses-proses bencana semulajadi di bumi. Penekanan adalah terhadap beberapa jenis bencana alam yang berpunca daripada aktiviti dalaman bumi seperti kejadian gempa bumi, tsunami, muntahan lava dan ledakan gunung berapi. Proses luaran semulajadi yang mengakibatkan bencana alam seperti pergerakan jisim, banjir, hakisan dan tanah runtuhakan juga disentuh. Teknik dan langkah kawalan, mitigasi serta pengurusan persekitaran turut dibincangkan.                     
Rujukan

Smith, K. 1992. Environmental Hazards: Assessing Risk & Reducing Disaster. London: Routledge.

Lundgren, L. 1986. Environmental Geology. New Jersey: Prentice-Hall.

Wan Fuad Hassan. 1987. Geologi & Manusia. Bangi: Penerbit UKM.

STAE3263 Sedimentasi dan Geosekitaran Marin

Kursus ini memperkenalkan bahan dan mekanisme pengangkutan serta pemendapan berbagai jenis sedimen di sekitaran marin. Perbincangan akan meliputi keadaan ombak dan arus lautan, topografi marin dan jenis sedimen Jenis lembangan dan sekitaran sedimen juga akan dibincangkan. Model sedimentasi, sekitaran oksik dan anoksik, gunung api dasar laut dan interaksi volcano-sedimen akan disentuh. Kursus juga turut membincangkan jenis dan proses pembentukan pantai, pentas benua dan banjaran tengah lautan. Turut disentuh ialah intrumentasi marin, misalnya kaedah seismos, alat-alat perakam dan teknik berkaitan tafisran secara kuantitatif dan kuantitatif lubang gerudi. Sumber ekonomi seperti pasir silika dan kemerosotan sekitaran akibat aktiviti perlombongan pasir dan kerja kejuruteraan di dasar laut seperti sekitaran pembinaan kabel dasar laut dan terowong bawah laut akan juga diperihalkan.

Rujukan

Reading, H. G., 1986. Sedimentology Environments and Facies. London: Blackwell Scientific Publication.

Seibold, E, & Berger, W. H., 1993. The Sea Floor: An Introduction to Marine Geology. Heidelberg: Springer-Verlag.

Selly, R. C., 1976. An Introduction to Sedimentology. London: Academic Press.

Sherman, K., & Alexander, L. M., 1985. Variability and Management of Large Marine Ecosystems. Colorado Spring: Westwiew Press.

Thurman, H. V. 1991. Introductory of Oceanography. New York: Macmillan.

STAE3322 Sanitasi dan Kesihatan Sekitaran Tropika

Banyak penyakit berjangkit di negara tropika yang membangun boleh di kawal atau dikurangkan melalui langkah pencegahan. Kursus ini cuba memfokus kepada langkah-langkah yang berkesan dalam pengurusan air, kumbahan dan enap cemar yang boleh menjamin kesihatan manusia dan mengurangkan perebakan penyakit. Penekanan adalah terhadap pencemaran air dan kesihatan, bekalan air bersih, proses rawatan air, pembuangan tinja, rawatan kumbahan dan penggunaan semula enap cemar sebagai baja. Selain itu langkah-langkah pengurusan air dan tinja diberikan perbahasan yang terperinci. Pelajar akan didedahkan kepada maklumat seperti kualiti air dan piawaian, bekalan air di negara membangun, bekalan air di luar bandar serta proses rawatan air. Kursus ini juga memperihalkan beberapa sistem olahan kumbahan, program sanitasi, olahan air buangan serta pengkomposan, turut akan di bincangkan ialah hubungkait antara empangan, pengairan dan penyakit bawaan vektor.

Rujukan

Bester, H.H. 1997. Sanitation _ Practices and Methods for Health Protection and Diseases. Washington: ABBE Publishers.

Cairncross, S. and Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the Tropics. New York: John Wiley and Sons.

Listorti , J.A. 1990. Environmental Health Components for Water Supply, Sanitation and Urban Projects. World Bank Technical Paper No. 121.

Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razwan Salim & Mohd Noor Othman. 1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. John Wiley & Sons/Universiti Teknologi Malaysia.
STAE3423 Teknologi Perawatan Air

Kursus ini membincangkan beberapa kaedah dan teknologi yang digunakan dalam perawatan air untuk minuman dan air buangan serta langkah-langkah kawalan pencemaran air. Kaedah pengolahan air minuman dan air buangan serta prinsip asas kimia dan biokimia yang terlibat akan diketengahkan termasuk aspek pengubahsuaian kualiti air dan kepentingannya. Kaedah yang akan dibincangkan merangkumi kaedah fizis, kimia dan biologi/bioteknologi. Ciri-ciri air buangan, prinsip perawatan air buangan, pengurusan enapcemar serta kitar semula air akan dibincangkan.

Rujukan

Hammer, M.J. 1986. Water and Wastewater Technology. Ed. ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Horan, N. J. 1990. Biological Wastewater Treatment Systems : Theory and Operation. England. Chichester: John Wiley & Sons.

Mara. D. 1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. Terjemahan Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razman Salim dan Mohd. Noor Othman. John Wiley & Sons/Universiti Teknologi Malaysia.

Tchobanoglous, G. & Schroeder, E.D. 1985. Water Quality : Characteristics, Modelling, Modification. California:Addison-Wesley.

Tchobanoglous, G, Burton, F.L. Inc. Saff Metcalf & Eddy. 1991. Wastewater Engineering : Treatment, Disposal and Reuse. McGraw-Hill College Div.
STAE3433 Pencemaran dan Alam Sekitar

Dalam kursus ini beberapa aspek dalam pengawalan pencemaran udara dan tanah akan dibincangkan. Perbincangan tentang jenis, punca, kesan dan kawalan pencemaran udara merangkumi kawalan ke atas bahan-bahan pencemaran udara berbentuk gas, zarahan dan bahan-bahan toksik lain, penyelerakan di atmosfera, kabut fotokimia, pemendapan asid, pencemaran dalaman dan Akta Udara Bersih. Pelbagai jenis punca bagi pencemaran dalaman serta teknik asas dalam merekabentuk bangunan akan juga dibincangkan. Pencemaran tanah: punca daripada air, udara, pertanian dan buangan industri dan kesannya terhadap komponen sekitaran termasuk fauna dalam tanah juga turut dibincangkan .

Rujukan

Baumback, G., 1996. Air Quality Control: formation and source, dispersion, characteristics and impact of air pollutants-measuring methods, technique for reduction of emission and regulation for air quality control. New York: Springer.

Boulding, J.R. 1995. Practical Handbook of Soil, Vadose-zone and Groundwater Contamination: Assessment, Prevention and Remediation. Boca Raton: Lewis Publication.

Bragg, G.M. & Strauss, W. 1981. Air Pollution Control. New York: Wiley Interscience Publ.

Curtis, D. 1998. Air Emission Monitoring and Control Handbook. Ed. ke-1, London: Elsevier Science.

Yaron, B., Calvert, R. & Prost, R. 1996. Soil Pollution: Process and Dynamics. New York: Springer.
STAE3442 Penilaian Risiko Pencemar

Kursus ini membincangkan masalah pencemaran kimia, hubungan kelakuan kimia dengan ketoksikan serta nasib akhir pencemar. Perbincangan merangkumi tranformasi kimia dan biokimia dan proses fizis. Tatacara penilaian hazad bahan kimia dan risiko pencemar akan juga dibincangkan. Penentuan had bahan kimia, matlamat remediasi, pencemaran bardasarkan risiko, komunikasi dan pengurusan risiko serta peranan penilaian risiko pencemar dalam pengurusan persekitaran akan juga diliputi.

Rujukan

Asante-Duah D. K., ,1998. Risk Assessment in Environmental Management : A Guide for Managing Chemical Contamination Problems. Chichester: John Wiley & Sons.

Francis, B.M. 1994. Toxic Substances in the Environment. New York: John Wiley & Sons.

Richardson. M. L. 1988. Risk Assessment of Chemicals in the Environment. London: The Royal Society of Chemistry.

Saxena. J. . 1984. Hazard Assessment of Chemicals : Current Developments. Jilid 1 dan 3. Orlando: Academic Press.

Suter II. G. W. 1993. Ecological Risk Assessment. Michigan: Lewis Publishers.   

STAE3992 Latihan Ilmiah I

STAE3994 Latihan Ilmiah II

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada alam penyelidikan. Pelajar akan mengendalikan satu projek penyelidikan di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Ianya meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis dan perumusan kesimpulan. Hasil projek ditulis sebagai satu laporan format yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan Seminar

b) Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelidikan

c) Persembahan Laporan Projek

d) Pemeriksaan Lisan

 




   
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #11 于: 六月 26, 2008, 12:18:29 下午 »



i think this course at main campus .....

erm admin, pls move it to main campus

[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 beatrice

  • 新手
  • *
  • 帖子: 3
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #12 于: 六月 26, 2008, 10:33:17 下午 »
haha thanks for the SUPER detailed description!! :)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #13 于: 六月 27, 2008, 10:43:06 上午 »



还好, 你要努力哦!  ;)

[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 happy54

  • 新手
  • *
  • 帖子: 24
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
Re: environmental science
« 回复 #14 于: 三月 13, 2009, 08:33:29 上午 »
erm.. is dis course in english or malay?