作者 主题: Komunikasi Media Baharu  (阅读 1480 次)

离线 nangmunyee

  • 新手
  • *
  • 帖子: 1
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
Komunikasi Media Baharu
« 于: 八月 16, 2014, 11:37:53 上午 »
我想问RA72 Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (kepujian)是读关于什么?是什么科系?

离线 G.I.N

  • 新手
  • *
  • 帖子: 2
  • 评价: +0/-0
    • 查看个人资料
Re: Komunikasi Media Baharu
« 回复 #1 于: 八月 19, 2014, 03:11:22 下午 »
引用
你好,RA72 Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (kepujian) 在UniMAP是个新的课程。
所就读的科目是一些关于multimedia和sosial的东西,例如:Communication theory, digital writing, graphic drawing, public speaking.
由于这是一个新的课程, 我们手头上的资料并不多,如果你还想要知道更多可以联络unimap 的hotline.  =)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,568
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: Komunikasi Media Baharu
« 回复 #2 于: 九月 02, 2014, 02:51:36 下午 »
我想问RA72 Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (kepujian)是读关于什么?是什么科系?

UniMAP Bakal Tawarkan Program Komunikasi Media Baharu

Surabaya, 2 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menawarkan program pengajian baru Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu Teknokomunikasi mulai 1 September ini.

Susulan penawaran program tersebut, delegasi UniMAP berkunjung ke syarikat penerbitan akhbar terbesar di Indonesia, Jawa Post News Network yang diasaskan oleh Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Dahlan Iskan sebelum dilantik sebagai menteri.

Kunjungan tersebut juga merupakan susulan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Dahlan yang diadakan pada 23 April lalu di Kampus UniMAP Pauh Putra.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bercemar duli bersama-sama delegasi UniMAP dalam kunjungan berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Ir. Dr. Zainai Haji Mohamad; Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin serta mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Senator Mohd. Ali Rustam.

Delegasi UniMAP disambut oleh Editor Pengurusan  Leak Kustiya dan Ketua Editor Santosa Arief.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penawaran kursus berkenaan di buat bagi mempelbagaikan lagi program-program pengajian yang terdapat di UniMAP.

Menurut baginda, penawaran program baru ini diharap dapat melahirkan graduan yang lebih kompetitif, mampu bertindak dengan lebih cekap dan patas serta membuat keputusan yang lebih tepat.

Pada masa sama, baginda bertitah, dengan adanya ilmu baharu, masyarakat akan mampu untuk terus merekacipta, menyelesaikan pelbagai permasalahan, meminimumkan kegagalan dan memberikan kemudahan dalam kehidupan seharian.

“Ilmu pengetahuan baharu amat penting kepada sisitem pembelajaran, kreativiti dan inovasi sesebuah negara. Ilmu ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat sekiranya ia tidak disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Sejarah membuktikan, sesetengah organisasi berjaya dalam penemuan ilmu baharu tetapi gagal dalam mengaplikasikannya,” titah baginda.


http://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita/890-unimap-bakal-tawarkan-program-komunikasi-media-baharu
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com