Medicine Veterinary (perubatan veterina)
terry:
这个是除了 umk和upm 的 有兽医医学 以外, 对兽医医学和家畜有点关联的科系, 在国立大学 (UDM) 的。
http://www.fpb.udm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92&Itemid=188&lang=msSarjana Muda Sains (Produksi dan Kesihatan Haiwan)
Sarjana Muda Sains Produksi dan Kesihatan Haiwan adalah persediaan terbaik untuk kerjaya didalam produksi haiwan dan kesihatan haiwan.
Kursus ini menyediakan pelajar dengan sistem produksi haiwan dan kesihatan haiwan melalui kursus-kursus kimia, biokimia, biologi sel, ekonomi dan genetik. Pengajian didalam tahun dua dan tiga mengandungi unit-unit asas anatomi, fisiologi, fisiologi reproduksi, pemakanan, pembiakbaikan haiwan, biostatistik, produksi pedaging, produksi tenusu, produksi poltri, produksi kambing, mikrobiologi, penyakit haiwan, parasitologi, perakaunan dan agen penyebab penyakit.
Didalam tahun keempat pelajar-pelajar akan menjalani projek penyelidikan pendek, persembahan seminar, amalan veterinar, kesihatan awam veterinar, pengurusan sisa haiwan, tabiat dan kebajikan haiwan, struktur ladang ternakan, pengembangan pertanian dan komunikasi. Ianya adalah ijazah sains gunaan menggabungkan asas-asas sains dengan bidang-bidang sains haiwan dan merangkumi kerja amali yang luas.
Lorong Kerjaya
Tujuan pengajian ini adalah untuk melatih saintis haiwan yang sesuai bagi mendapat pekerjaan pada pelbagai keadaan yang luas dalam pertanian haiwan, perniagaantani
(pakar runding dan perkhidmatan nasihat), kesihatan haiwan dan kebajikan, pemasaran, pengurusan keusahawanan luar bandar (termasuk ladang-ladang),
industri ternakan dan penyelidikan.
Pembangunan Profesional
Pelajar-pelajar adalah wajib mejalani pengalaman amali dengan haiwan atau keusahawanan berhubung haiwan, perniagaan, jabatan-jabatan kerajaan, penyelidikan dan organisasi sukarela pada akhir tahun pengajian dua dan tiga. Pembangunan Profesional adalah sebahagian daripada pengajian Sarjana Muda Sains Produksi dan Kesihatan Haiwan yang memberi cabaran dan manfaat kepada pelajar-pelajar. Ia adalah cara terbaik kepada pelajar-pelajar meneruskan dan membina sesuatu bidang khusus kesukaan, dan perkenalan yang boleh membantu mereka dalam kerjaya selepas graduat.
Jangkamasa
Ijazah ini mengambil masa selama empat (4) tahun dengan keperluan bergraduat ialah 130 kredit.