作者 主题: 北大法律系  (阅读 3458 次)

离线 文瑾

  • 初级会员
  • **
  • 帖子: 123
  • 评价: +0/-1
  • 北大商学院工管系大三生
    • 查看个人资料
北大法律系
« 于: 九月 16, 2009, 04:27:51 下午 »
之前一直有学生质疑到底北大的法律系需不需要考CLP(Certificate in Legal Practice)。
根据以下文告,北大法律系已不再需要考CLP(MMU也受承认了)。

KENYATAAN AKHBAR PADA 23/4/2009

Adalah dimaklumkan bahawa pengiktirafan program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, Malaysia telah pun diwartakan pada 16 April 2009 dalam warta kerajaan P.U.(B)119 berkenaan pemberitahuan di bawah Seksyen 3 Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166].

Notifikasi ini melayakkan pelajar Undang-undang yang telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), Universiti Utara Malaysia untuk menjalani latihan guaman mereka (chambering) bermula pada tarikh tersebut.

Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan profesional ini.

Daripada:
Prof. Madya Dr Asmah Laili Hj Yeon
Penolong Naib Canselor
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

PRESS STATEMENT on 23 April 2009 (English transalation)


This is to inform that the recognition of Law Degree (Honours) programme by the Legal Profession Qualifying Board Malaysia have been gazetted on 16 April 2009 in government gazette P. U. (B)119 pertaining to notification under Section 3 of the Legal Profession Act 1976 [Act 166].

This notification qualifies law student who has completed from the Law Degree (Honours) from University Utara Malaysia to undergo pupilage in chamber starting from the date mentioned herein.

University Utara Malaysia express thousands gratitude for those who have rendered cooperation and support in the effort of obtaining this professional recognition.

From:
Associates Professor Dr. Asmah Laili Hj Yeon
Assistant Vice-Chancellor
College of Law, Government and International Studies
Universiti Utara Malaysia


http://www.elawyer.com.my/blog/uum-law-graduates-are-exempted-by-clp-exam/
« 最后编辑时间: 九月 16, 2009, 04:32:53 下午 作者 文瑾 »
我不是随便的人;但我随便起来不是人!

离线 文瑾

  • 初级会员
  • **
  • 帖子: 123
  • 评价: +0/-1
  • 北大商学院工管系大三生
    • 查看个人资料
Re: 北大法律系
« 回复 #1 于: 九月 16, 2009, 04:28:13 下午 »
Graduan Undang-Undang UUM Layak Jalani Latihan Dalam Kamar
16 APRIL 2009 / 20 RABIULAKHIR 1430H
"UUM: UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE, 16 April: Graduan program Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) kini layak menjalani latihan dalam kamar, apabila Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia memberi kelulusan tersebut minggu lalu.
Penolong Naib Canselor UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) Prof Madya Dr Asmah Laili Yeon berkata, kelulusan itu membolehkan graduan UUM diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara.
Bagaimanapun, katanya, semua graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (LL.B) (Hons) UUM perlu menunggu sehingga keputusan itu diwartakan seperti termaktub dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166).
"Selepas pemberitahuan tersebut diwartakan dan berkuatkuasa yang dijangka dalam seminggu dua ini, para graduan Undang-Undang UUM dianggap sebagai 'orang yang berkelayakan' bagi maksud Akta 166 di mana graduan Undang-Undang UUM boleh menjalani latihan dalam kamar atau chambering.
"Graduan UUM yang telah menamatkan pengajian mereka hanya perlu menunggu notifikasi daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang membuat notifikasi terlebih dahulu," katanya.
Sebelum ini graduan Undang-Undang UUM tidak dibenarkan untuk menjadi peguambela atau peguamcara, walaupun Program Undang-Undang ini telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 26 Oktober 2007.
Oleh sebab program profesional ini perlu menunggu kelulusan dari Lembaga Profesion Undang-Undang Malaysia, graduan sulung UUM tidak dibenarkan untuk membuat latihan dalam kamar, sekali gus tidak boleh menjadi peguam bela atau peguamcara. Dr Asmah berkata, kelulusan ini memberi kelegaan kepada graduan sulung yang dikeluarkan UUM tahun lalu dan pelajar Undang-Undang UUM.
Dr Asmah berkata, kelulusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang ini memberi kelegaan kepada semua graduan, pelajar dan ibu bapa.
"Pelajar, ibu bapa dan graduan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia dan semua Jawatankuasa Pengiktirafan kerana meletakkan program undang-undang UUM setaraf dengan universiti lain.
"Pihak Universiti berharap dengan kenyataan ini dapat menyelesaikan isu dan dilema berkaitan graduan Undang-Undang UUM yang menghadapi kesukaran dalam kerjaya bidang guaman," katanya. Habis.
DARIPADA :PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283014 / 3066 / 4078
FAX : 04-9283016
E-MAIL: [email protected]

http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=17005
我不是随便的人;但我随便起来不是人!

离线 文瑾

  • 初级会员
  • **
  • 帖子: 123
  • 评价: +0/-1
  • 北大商学院工管系大三生
    • 查看个人资料
UUM LLB (Hons) has been recognized and gazetted in Legal Profession Act 1976
« 回复 #2 于: 九月 16, 2009, 04:31:37 下午 »




P.U. (B) 119.
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
Pemberitahuan di bawah Seksyen 3


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan (c) takrif “orang berkelayakan” dalam seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Lembaga Kelayakan mengisytiharkan bahawa mana-mana orang yang telah lulus peperiksaan akhir yang dikendalikan oleh institusi yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual yang membawa kepada kelulusan yang dinyatakan dalam ruang (2) ialah orang berkelayakan bagi maksud Akta mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam ruang (3).

Jadual
Institusi: Universiti Utara Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
Tarikh: 16 Mac 2008

LEGAL PROFESSION ACT 1976
Notification under Section 3


In exercise of the powers conferred by paragraph (c) of the definition of “qualified person” in section 3 of the Legal Profession Act 1976 [Act 166], the Qualifying Board declares that any person who has passed the final examination conducted by the institutions specified in column (1) of the Schedule leading to the qualification specified in column (2) is a qualified person for the purposes of the Act with effect from the date specified in column (3).

Schedule
Institution: Universiti Utara Malaysia
Qualification: Degree of Bachelor of Laws (Honours)
Date: 16 March 2008

Bertarikh 15 April 2009
Dated 15 April 2009
[LK/SAG/7-1A & 7-1C; PN(PU2)314/IX]

Tan Sri Abdul Gani Patail
Pengerusi/Chairman
Lembaga Kelayakan/Qualifying Board

Please view www.lawnet.com.my
我不是随便的人;但我随便起来不是人!