作者 主题: Modul baru TITAS di semua IPTA mulai Julai 2010  (阅读 2377 次)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Modul baru TITAS di semua IPTA mulai Julai 2010
« 于: 九月 16, 2009, 11:15:45 下午 »


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm



Modul baru TITAS di semua IPTA mulai Julai 2010


16/09/2009 9:26pm

PUTRAJAYA 16 Sept. — Semua pelajar institusi pengajian awam (IPTA) akan mempelajari modul baru Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) bermula Julai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penggunaan modul baru itu akan mengambil alih modul sedia ada.

Katanya, silibus modul yang diguna pakai selama ini tidak seragam berikutan ia disediakan oleh IPTA berlainan mengikut kehendak masing-masing.

“Modul baru yang dilancarkan hari ini telah diseragamkan dengan semua IPTA yang ada dan disediakan oleh tokoh-tokoh akademik mereka, dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi.

“Ia penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan menepati seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua rakyat bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya. - Bernama
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com