作者 主题: lebih 400 cendekiawan akan bincang mengenai pendidikan Melayu  (阅读 3168 次)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,563
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
lebih 400 cendekiawan akan bincang mengenai pendidikan Melayu
« 于: 十月 15, 2009, 12:06:03 下午 »


Utusan Malaysia

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm


lebih 400 cendekiawan akan bincang mengenai pendidikan Melayu
15/10/2009 10:53am


KANGAR 15 Okt — Lebih 400 cendekiawan dari seluruh dunia akan berkampung di Perlis pada Februari tahun depan bagi menyatukan idea ke arah memperkasakan pendidikan Melayu pada Seminar Pendidikan Melayu Antarbangsa.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sekretariat Dunia Melayu, Dunia Islam, Kerajaan Perlis, Kerajaan Melaka, Kementerian Pengajian Tinggi Tenaga Nasional Berhad dan Utusan Melayu.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, seminar selama tiga hari itu akan menganalisis dan membincangkan prestasi pendidikan bangsa Melayu di peringkat global.

"Kita akan menjemput cendekiawan Melayu di Nusantara dan beberapa negara lain termasuk China dan Afrika,” katanya.

Kamarudin berkata seminar itu amat penting bagi masa depan pendidikan Melayu yang perlu diperkasakan secara berterusan.

"Meskipun UniMAP adalah sebuah universiti kejuruteraan, namun demi kepentingan pendidikan khususnya kepada survival bangsa Melayu, universiti ini akan menjadi penganjur utama kepada seminar itu,” katanya.

— Bernama
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,563
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: lebih 400 cendekiawan akan bincang mengenai pendidikan Melayu
« 回复 #1 于: 十月 15, 2009, 12:39:31 下午 »
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2530

Pendahuluan

Pada 3 September 2001, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk melaksanakan sistem meritokrasi dalam menentukan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

原来拟定政育政策的地方是巫统大厦,巫统自己,巫统最高理事会, 不是通过内阁, 不是通过政府。磕磕磕。

Sistem yang mengambil kira merit atau tahap kecemerlangan akademik seseorang dalam peperiksaan utama iaitu SPM dan STPM itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pengambilan pelajar dari bidang sastera serta bidang sains dan teknologi.

� Sebelum ini kelayakan masuk para pelajar ke IPTA adalah menerusi kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ia merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan.

Rasional Tindakan Kerajaan BN

� Memastikan pelajar Melayu berusaha dengan lebih gigih serta memupuk semangat daya saing yang tinggi untuk mendapat tempat dalam IPTA.

� Memastikan supaya pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA menghargainya dengan belajar bersungguh-sungguh, dan mencapai kecemerlangan..

� Menentukan sesiapa yang mendapat tempat di IPTA adalah mereka yang benar-benar berkelayakan.

� Membentuk keupayaan survival bangsa yang lebih kukuh, pencapaian pendidikan yang lebih baik tanpa memerlukan tongkat dan mewujudkan sebuah bangsa yang berdaya saing dan cemerlang.

Kerajaan melaksanakan sistem ini adalah sebagai persiapan bagi mendepani dunia tanpa sempadan yang bakal menjadi medan persaingan yang sengit untuk semua pihak.

Kenyataan pemimpin negara berhubung isu ini :

� Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu), kerajaan melaksanakan dasar tersebut bukan bertujuan untuk menganiaya para pelajar Melayu sebaliknya untuk menyedarkan bangsa Melayu yang masih lena dibuai mimpi yang majoritinya masih ketinggalan jauh berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam bidang pendidikan. (Berita Harian 4 September 2001.

� Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, sistem meritokrasi perlu dilaksanakan bagi menyedarkan pelajar Melayu supaya tidak mensia-siakan peluang pendidikan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Dengan adanya sistem meritokrasi, ia akan memilih pelajar berdasarkan prestasi akademik dan bukannya kuota.

Justeru, pelajar Melayu akan menjadi lebih prihatin untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. (Berita Harian 4 September 2001)

� Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato� Hishammuddin Tun Hussein berpendapat, dengan bertongkatkan kuasa, keupayaan minda dan kekuatan tenaga tidak lagi dirangsang.

Bangsa Melayu lebih leka dengan bersuara dan meminta. Lebih arif mendesak dan terus mendesak dengan harapan kerajaan akan memenuhi segala kemahuan yang dituntut.

Akhirnya keupayaan survival bangsa menjadi lemah dan lama kelamaan menjadi lumpuh. (Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, 18 Jun 2003)

Kesan Pelaksanaan Sistem Meritokrasi

� Jika dulu pencapaian pelajar Melayu ke IPTA hanya sekadar 55 peratus mengikut sistem kuota tetapi kini meningkat kepada kadar 68.9 peratus setelah dinilai melalui sistem meritokrasi iaitu untuk pengambilan pelajar IPTA bagi kemasukan Mei 2002.

� Pendekatan ini berjaya melahirkan pelajar Melayu yang lebih kompetitif untuk bersaing dengan kaum lain terutamanya dalam jurusan yang kritikal.

Hal ini kerana, sebelum ini pelajar Melayu dilihat hanya bersaing sesama Melayu dan sekadar memenuhi kuota yang disediakan.

Kini pelajar Melayu sudah mampu bersaing dengan bangsa lain serta berupaya memperolehi keputusan yang jauh lebih cemerlang.

� Perkembangan ini juga dapat menyedarkan pelajar Melayu akan cabaran yang perlu dihadapi terutamanya dalam dunia pekerjaan.

Justeru mereka pastinya akan bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan ini iaitu untuk bersaing bukan sahaja dalam bidang akademik malah apabila berada di lapangan pekerjaan nanti.

Kesimpulan

� Meritokrasi perlu dilihat sebagai agenda kerajaan demi masa depan orang Melayu. Walaupun sistem meritokrasi pada awalnya tidak dapat diterima oleh orang Melayu tetapi kini senarionya berubah apabila bukan Melayu yang sekian lama mahu konsep kesamarataan dilaksanakan tiba-tiba meminta kerajaan untuk mengkajinya semula.

� Hakikat ini menzahirkan bahawa di bawah pemerintahan BN, orang Melayu sudah semakin meningkat keupayaan daya saingnya dan bergerak secara progresif seiring dengan matlamat dan cita-cita kerajaan.

Nota : Reaksi Pembangkang

� Parti Pas melihat bahawa ini adalah suatu bentuk penghakisan terhadap hak keistimewaan orang Melayu yang dilakukan oleh Kerajaan BN.

Ia juga mendakwa pelaksanaan sistem tersebut bersifat meraih undi bukan Melayu terutama orang Cina yang melihat bahawa tindakan kerajaan ini lebih liberal. (Laman web : www.kelantan.parti-pas.org)

Ulasan :

a. Sebenarnya Pas tidak mempunyai asas yang kuat dalam hujah mereka. Ia hanyalah atas dasar untuk mengeksploitasi usaha kerajaan iaitu bagi meraih keuntungan politik.

b. Rasional tindakan kerajaan telahpun dinyatakan dan hasil daripada usaha ini menunjukkan bahawa orang Melayu jauh lebih berjaya dan kemasukan pelajar ke IPTA melebihi dari sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini.

c. Selama ini reaksi Pas bersama barisan pembangkang lebih menjurus ke arah kesamarataan dan tidak mahu hak keistimewaan orang Melayu tergadai.

Dalam isu ini Pas dilihat kononnya sebagai pembela nasib Melayu sedangkan ada para pemimpin Pas sering membuat kenyataan untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu sekiranya mendapat kuasa.

Perkara yang sebenarnya ialah pendirian Pas sering berubah-ubah dan tidak konsisten.

d. Hakikatnya, tindakan UMNO ini adalah untuk kepentingan dan survival orang Melayu. Peranan UMNO kini bukan hanya untuk menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu, namun apa yang lebih penting ialah membawa orang Melayu ke arah kecemerlangan iaitu bagi memastikan mereka mampu bersaing di persada antarabangsa.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com