作者 主题: 国立大学-国民大学-前副校长-给予马来学生接受的思想  (阅读 6605 次)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
这个是 国立大学的 教授给 马来学生的 talk
也不是什么隐瞒文件, 所以放上来了。 毕竟是国民大学 ukm 的副校长。


资料来源: http://www.tutor.com.my/tutor/pix/2001/0715/DuniaPendidikan/Kertas_Kerja/kk_01.PDF


SENARIO SEMASA PELAJAR MELAYU DI IPTA
Oleh
Prof. Dato’ Dr. Abdul Samad Hadi
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik)
Universiti Kebangsaan

Pendahuluan
Konsep dan matlamat pendemokrasian pendidikan yang diperkenalkan
oleh pihak kerajaan dalam tahun 1995 telah membuka peluang yang luas
kepada rakyat negara ini melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
termasuk di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Selaras dengan matlamat dan hasrat
ini, usaha telah diambil untuk mempertingkatkan kemudahan prasarana
di IPTA, sekaligus menambah jumlah IPTS untuk menampung pelajar
lepasan sekolah yang semakin ramai dan berkelayakan meneruskan
pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Senario masa kini menunjukkan wujudnya persaingan yang sengit antara
IPTA dengan IPTS dalam mendapatkan calon/pelajar untuk memasuki
IPT masing-masing. Persaingan yang berlaku merupakan suatu petanda
yang sihat dalam konteks pendemokrasian pendidikan kerana lebih
ramai pelajar lepasan, berkemahiran, maju dan progresif. Hal ini menjadi
salah satu pemangkin dan faktor penting yang dapat menyumbang
kepada sekolah berpeluang menyambung pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi bermakna lebih ramai rakyat Malaysia yang berpendidikan
pencapaian matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan negara kita
sebagai maju sebuah negara mengikut acuan sendiri.
Secara umumnya, kebanyakan pelajar Melayu telah diterima masuk ke
IPTA, sementara ramai pelajar bukan Melayu telah diterima masuk ke
« 最后编辑时间: 一月 04, 2010, 03:40:23 下午 作者 alvin_cy »
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #1 于: 一月 04, 2010, 03:36:04 下午 »
IPTS. Sejak tiga tahun yang lalu, pihak kerajaan telah menetapkan polisi
pengambilan pelajar di peringkat pra siswazah adalah mengikut nisbah
60:40, yakni 60% pelajar dalam bidang sains dan 40% pelajar dalam
bidang bukan sains untuk membolehkan Malaysia mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang diimpikan. Namun
demikian, sehingga kini taburan atau nisbah itu masih belum dapat
dicapai sepenuhnya. IPTA dan IPTS masih menghadapi kekangan
memandangkan kedua-dua IPT itu masih bergantung kepada penawaran
yang terhad. Jumlah lulusan/lepasan sekolah dalam bidang sains masih
terbatas berbanding lulusan dalam bidang bukan sains. Selain itu,
terdapat pula pelajar yang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia telah dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian
dalam beberapa bidang tertentu.
Mengikut statistik pengambilan pelajar di IPTA, kita mendapati bilangan
pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Ini merupakan
satu senario umum. Mungkinkah trend ini akan berpanjangan?. Satu
persoalan yang agak menarik untuk diberikan perhatian selanjutnya.
Sebagai contoh, di UKM seramai kira-kira 63% pelajar perempuan telah
diterima masuk dalam pengambilan sesi 2001/2001, berbanding 37%
pelajar lelaki. Bagi penulis trend yang wujud ini tidak menjadi persoalan
utama untuk dibincangkan. Sebaliknya penulis memberikan fokus
terhadap senario semasa pelajar Melayu di IPTA. Untuk tujuan ini penulis
akan memberikan tumpuan kepada aspek politik (politik pelajar),
kebudayaan, keagamaan, hubungan antara etnik, gaya berfikir,
pencapaian akademik, sosial, kecergasan/kesihatan, sosio ekonomi
(later belakang keluarga), keupayaan bahasa Inggeris dan
kemampuan/penguasaan ICT.
Politik
Apabila membicarakan tentang politik pelajar Melayu, sudah tentu pelajar
di IPTA ada di antaranya teradaptasi kepada perjuangan bangsa Melayu
di mana bangsa Melayu adalah keturunan pejuang. Keinginan kepada
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #2 于: 一月 04, 2010, 03:36:22 下午 »
kemerdekaan dan pembebasan telah membavva sebuah tema
perjuangan golongan pribumi menentang sebarang bentuk dominasi dan
ketidakadilan. Tema ini didukung oleh generasi DEB den kesannya
melimpah ke minda orang Melayu dan generasi baru di kampus.
Walau bagaimanapun (Rahim M.Sail den Shari Shawarudin 1999)
secara keseluruhannya ramai mahasiswa belum ada mempunyai
ideologi yang mantap. Golongan ini mewakil 60% pelajar di kampus.
Sebaliknya wujud segelintir pelajar yang mempunyai idealisma
perjuangan dan terheret ke kancah politik, den golongan ini tidak lebih
30%. Selebihnya tidak memikirkan apa-apa dan kebanyakan adalah
terdiri daripada bukan bumiputera.
Golongan 60% tadi, mahasiswa boleh dikatakan berkecuali. Mereka
bukan ahli politik mana-mana parti. Mereka memihak kepada parti -parti
dan calon berdasarkan penilaian peribadi. Faktor perkauman,
persahabatan, kenegerian dan kempen juga diambil kira di samping
rekod kepemimpinan kedua-dua pihak. Mereka menilai berdasarkan isu.
Dalam isu tertentu, mereka seperti menyokong pihak A dan di dalam isu
yang lain pula mereka seolah-olah menyokong pihak B.
Ada juga mahasiswa memilih jalan yang lebih selamat untuk tidak
menimbulkan kontrovesi iaitu menyertai program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang berkaitan dengan persatuan
mahasiswa Islam.
Terdapat juga kumpulan yang memegang teguh kepada prinsip dan
lunas-lunas Islam dalam merancang dan melaksanakan programnya
tetapi ideologi mereka lebih condong kepada ideologi nasionalisme
liberal.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #3 于: 一月 04, 2010, 03:36:50 下午 »
Kebudayaan
Keseluruhannya reaksi pelajar terhadap aktiviti kebudayaan adalah baik.
Aktiviti -aktiviti kebudayaan tidak menghadapi masalah dari segi penggiat

dan penonton. Kerjasama antara kakitangan Unit Kebudayaan dan
pelajar-pelajar adalah baik. Namun jika ditanya kepada orang -orang
lama, penghayatan terhadap budaya khususnya kepada pelajar
Burmputera IPT adalah di tahap yang membimbangkan. Walau
bagaimanapun, pihak Universiti sendiri giat menjalankan aktiviti
kebudayaan bagi mengekalkan jatidiri budaya bangsa. lanya disambut
baik, cuma perlu disemai minat kepada lebih ramai pelajar bumiputera.
Keagamaan
Perubahan orientasi pendidikan dan pemikiran telah banyak membawa
kesan ke atas budaya politik pascakolonial. Masa kini kecenderungan
pelajar-pelajar Melayu bumiputera lebih berminat kepada aktivit!
berteraskan Islam kerana lebih daripada 60% pelajar-pelajar daripada
sekolah asrama penuh dan juga sekolah menengah agama Islam. Sikap
mereka terhadap agama lain pada keseluruhannya adalah baik dan
toleran.
Selain itu, dapatan menunjukan kegiatan agama di luar kampus,
mempengaruhi sikap terhadap agama para pelajar. Kegiatan agama
yang menjadi tumpuan kebanyakan pelajar hanya sekitar peribadatan
dan hal yang mempunyai kaitan langsung dengan agama manakala
kegiatan agama berbentuk intelektual seperti seminar dan wacana
kurang mendapat sambutan kecuali apabila melibatkan tokoh terkenal
(Abdul Aziz Jemain, 1998).
Hubungan Antara Etnik
Pandangan umum pelajar tentang hubungan antara kaum di kampus ialah
kebanyakan mereka (80%) memperakui perasaan perkauman yang tebal
wujud di kalangan pelajar. Perasaan ini ditunjukkan dengan adanya
polarisasi kaum, perasaan curiga mencurigai, pandangan pelajar yang
sempit dan persatuan-persatuan pelajar yang berteraskan etnik. Mereka
menyatakan perasaan perkauman ini berlaku kerana pengaruh
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #4 于: 一月 04, 2010, 03:37:11 下午 »
masyarakat luar, pemimpin-pernimpin parti politik, ibu bapa, dan
pemimpin pemimpin persatuan pelajar.
Walaupun secara zahirnya, hubungan pelajar-pelajar Melayu dengan
bukan Melayu adalah baik tetapi mereka masih belum menerima, tinggal
bersama dalam satu bilik di kolej kediaman; belajar secara
berkumpulan; makan di kantin secara bersarra; masih belum menerima
persatuan yang dipelopori oleh pelajar bukan bumiputera dan sukan
yang dikuasai oleh bukan bumiputera.
Gaya Berfikir/Rentak Pemikiran
Gaya berfikir pelajar Melayu mempengaruhi cara hidup dan sosio
ekonomi masyarakat Melayu secara keseluruhan yang jelas sekali
berlainan dengan yang bukan bumiputera. Antaranya ialah, pelajar
Melayu tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas sekiranya ibu bapa
atau orang lain tidak melakukannya untuk mereka. Kebanyakan pelajar
Melayu sedar setelah terhantuk. Mereka mula meletakkan sasaran
setelah mereka dicabar. Mereka juga dilihat sebagai tidak dinamik dan
tidak sanggup bersaing. Lebih berminat untuk kerja makan gaji daripada
menceburkan diri dalam dunia usahawan yang penuh cabaran dan liku.
Dengan itu bolehlah disimpulkan pelajar Melayu lebih suka untuk
mengambil jalan mudah. Kebanyakan punca kelemahan pelajar Melayu
ialah tidak pandai untuk mengutamakan priority yang mana yang lebih
penting dalam melakukan sesuatu gerak kerja dan aktiviti.
Pencapaian Akademik
Senario kecemerlangan akademik pelajar Melayu IPTA adalah suatu isu
yang banyak dibincangkan di mana-mana. Banyak telah dikaji punca
kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak
memberangsangkan pelajar Melayu terutama daripada sikap ticlak
mengutamakan kecemerlangan, sekadar lulus cukup makan, malas
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #5 于: 一月 04, 2010, 03:37:23 下午 »
berfikir, teknik pembelajaran lemah, kurang daya inisiatif/ daya usaha,
kurang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta sering mengamalkan
budaya 'last-minute'.
Kajian oleh Aminudin Mohd Yusof (1997) menunjukan bahawa pelajar
Melayu berfikir secara bercapah (divergent thinkers) dan penyerap
(assimilator) yang lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian
dan renungan. Pelajar Cina pula mempunyai fikiran tertumpu (converger)
dan lebih banyak menggunakan strategi belajar pengeksperimenan aktif
dan pengalaman konkrit. Beliau juga melihat bahawa pelajar Melayu
mempunyai falsafah jangan menyusahkan orang tua (autoriti). Dalam kes
di universiti orang tua merujuk kepada pensyarah.
Sosial
Antara elemen sosial yang boleh dilihat daripada pelajar Melayu ialah
mereka lebih suka bergaul dalam kelompok mereka, atau kelompok
Melayu, lebih spesifik di kalangan Melayu pula lebih suka bergaul cli
kalangan anak negeri mereka sendiri. Juga dari kelompok sekolah yang
sama. Mereka juga mudah jatuh cinta dari peringkat awal lagi. Di
kelompok yang lain pula, mereka kurang keyakinan diri, mudah
terpengaruh dengan budaya-budaya negatif, suka melepak membuang
masa dan pengurusan masa yang kurang efektif.
Kecergasan/Kesihatan
Masyarakat Melayu juga kurang menitikberatkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kesihatan, dari segi amalan makanan yang tidak
seimbang, kurang menjalani aktiviti/latihan jasmani, tidur yang tidak
mencukupi, takut/malas pergi ke klinik, tidak rnenjaga kebersihan serta
tabiat suka merokok.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #6 于: 一月 04, 2010, 03:37:46 下午 »
Keupayaan Bahasa Inggeris
Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu pelajar Melayu
suka berkelompok di kalangan bangsa sendiri, ini juga berlaku dalam
situasi bahasa. Pelajar Melayu malu untuk bertutur bahasa Inggeris dalam
komunikasi harian sesama mereka. Ini berbeza dengan pelajar bukan
bumiputera.
Ini boleh dilihat daripada keputusan SPM yang menunjukkan bumiputera
rata-rata hanya setakat lulus matapelajaran bahasa Inggeris. Mereka juga
kurang motivasi untuk rneningkatkan keupayaan penggunaan bahasa
Inggeris.
Kemampuan Penggunaan ICT
Revolusi (Dr. Norhayati Abd Mukti, 2000 Revolusi Teknologi Maklumat)
teknologi maklumat dan komunikasi, telah memberi kesan ke atas
pengurangan kos dan masa dari segi penyimpanan, pemprosesan dan
pemindahan maklumat yang telah wujud secara mendadak.
Walaubagaimanapun dewasa ini bangsa Melayu kurang mengambil
peluang berbanding bukan bumiputera. Ini adalah kerana beberapa
faktor seperti ekonomi pelajar luar Bandar yang tidak membantu
pendedahan ICT pada usia yang lebih muda selain daripada fobia
komputer, kekuatan daya juang meneroka perisian komputer, serta
tidak tahu kepentingan ICT.
Penutup dan Harapan
Senario pelajar Melayu yang wujud di IPTA masa kini sebenarnya tidak
wajar dibiarkan berlaku secara berpanjangan kerana ia boleh merugikan
masa depan pelajar Melayu dan dalam masa yang sama sedikit
sebanyak akan menggugat reputasi dan kewibawaan IPTA itu sendiri.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #7 于: 一月 04, 2010, 03:38:17 下午 »
Usaha dan jalan penyelesaian yang terancang dan sistematik perlu
diambil bagi mengubah atau memperbaiki senario tersebut.
Walaupun IPTA telah dan sedang mengambil beberapa langkah yang
sesuai bagi mengubah senario pelajar Melayu, namun penulis ingin
menyarankan beberapa tindakan/usaha tambahan dapat dibuat,
antaranya termasuklah:
·  Struktur organisasi Jabatan HEP yang sedia ada perlu
rombak/disusun semula dan dimantapkan untuk membolehkan
pihak IPTA perlu merancang, mengurus dan memantau
program-program kecemerlangan akademik dan pernbangunan
sahsiah pelajar;
·  Jabatan Akademik yang sedia ada di IPTA memperkenalkan
beberapa langkah tambahan yang sesuai bagi membantu pelajar
Melayu mempertingkatkan kecemerlangan akademik;
·  Meminta pihak fakulti dan kolej kediaman merancang program
yang memberikan tumpuan utama terhadap kegiatan-kegiatan
berorientasikan akademik, pembinaan sahsiah pelajar dan jati
diri pelajar Melayu;
·  Membina jaringan kerjasama dan perkongsian pintar dengan
pihak industri dan NGO untuk malaksanakan program-program
kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah pelajar Melayu
secara kolektif. IPTA mempunyai kepakaran dan idea, sementara
pihak industri dan NGO pula mempunyai kekuatan tertentu
termasuk dana dan sumber kewangan. Kombinasi kepakaran dan
sumber kewangan antara kedua belah pihak diharap dapat
membuahkan kerjasama padu yang berupaya menghasilkan
kejayaan seperti yang diharapkan;
·  Memperkenalkan sistem ganjaran/pengiktirafan yang baru dan
lebih inovatif supaya merangsang pelajar Melayu lebih berusaha
mempertingkatkan kecemerlangan secara berterusan dan
menyeluruh;
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料
Re: 马来学生在国立大学接受的思想
« 回复 #8 于: 一月 04, 2010, 03:38:34 下午 »
Meminta pihak Biro Tatanegara (BTN) merancang programprogram
kepimpinan dan pembinaan sahsiah pelajar Melayu dan
membuka peluang yang lebih luas kepada golongan ini untuk
menyertainya;
·  Meminta Kementerian Pendidikan menambahkan peruntukan
kewangan kepada IPTA untuk membolehkan lebih banyak
program pembangunan pelajar dapat dirancang dan diaturkan,
termasuk program-program baru berbentuk ICT, k-ekonomi dan
sebagainya;
Penulis berharap menerusi penglibatan dan kerjasama semua pihak,
impian kita untuk melahirkan pelajar Melayu yang cemerlang dalam
semua bidang akan dicapai. Perlu diingat, usaha mengangkat martabat
pelajar Melayu di IPTA merupakan salah satu agenda besar bangsa yang
tidak ada hentinya.
Rujukan:
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com