作者 主题: 申请大学与政策有关吗? 请看 UTeM sasar 15,000 pelajar tahun 2015  (阅读 2978 次)

离线 alvin_cy

  • 超级会员
  • *****
  • 帖子: 1,565
  • 评价: +4/-2
    • 查看个人资料


这个资料我会增加在  国立大学修选科系手册的附件当中

如果你是有手册的学生, 我在手册提过的, 政策和人数会影响你, 要留意马来文报纸才比较可以发觉。


资料来源:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

ARKIB : 01/02/2010
UTeM sasar 15,000 pelajar tahun 2015

ALOR GAJAH 31 Jan. - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyasarkan seramai 15,000 pelajar bakal mengikuti pengajian di universiti itu menjelang tahun 2015.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, ini sejajar dengan penubuhan dua buah fakulti baru iaitu Fakulti Kejuruteraan Bahan dan Fakulti Reka Bentuk Kejuruteraan.

Menurut beliau, penambahan dua fakulti baru yang akan bermula pada tahun depan itu bertujuan bagi mempelbagaikan lagi pilihan jurusan yang sedia ada.

''UTeM sudah mula melebarkan sayap berdasarkan kejayaan yang sudah dicipta sejak awal penubuhannya lagi," katanya selepas merasmikan Pelancaran Laman Web Baru 2010 di Dewan Besar Kampus UTeM Durian Tunggal di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, UTeM turut melancarkan lawan webnya yang terbaru dengan menonjolkan konsep grafik yang lebih menarik.

Selain itu kata beliau, penubuhan dua fakulti baru itu seiring dengan pencapaian UTeM dalam menghasilkan pelbagai produk penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu mengenai pelancaran laman web UTeM, Ahmad Yusoff berkata, ia menampilkan kelainan melalui gambaran grafiknya berbanding laman web sebelum ini.

''Pengguna kini boleh menggunakan perkhidmatan akses dengan mudah ke laman web UTeM di www.utem.edu.my bagi melihat segala aktiviti, kejayaan dan bidang yang ditawarkan.
[email protected]


zhengyichang.wordpress.com